Saturday, July 30, 2011

Wak Long@Man: UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENAHANAN / TANGKAPAN ( ARREST)

Wak Long@Man: UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENAHANAN / TANGKAPAN ( ARREST)


TIP MENAHAN PROVOKATOR PERUSUH BEERSHIT. KHAS UNTUK PATRIOT, PERKASA, PEMUDA UMNO NGO LAIN & ANGGOTA MASYARAKAT AWAM YANG CINTAKAN KEDAMAIAN BAGI MENUNJUKKAN YANG ANDA MEMBANTAH BEERSHIT.


SETELAH MENYAKSIKAN RAKAMAN KLIP VIDEO BETAPA BIADAPNYA PROVOKATOR PERUSUH BEERSHIT TERHADAP ANGGOTA KESELAMATAN (POLIS) SEOLAH-OLAH MEREKA LEBIH BERKUASA DARIPADA POLIS, DI ATAS KESEDARAN MENGENAI KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, SAYA TERPANGGIL UNTUK MENULIS ARTIKEL INI. ARTIKEL INI AMAT BERGUNA KEPADA MANA-MANA ANGGOTA MASYARAKAT YANG INGIN MEMBANTU PIHAK POLIS MENAHAN MANA-MANA PROVOKATOR PERUSUH BEERSHIT. KITA SUDAH JEMU DENGAN SIKAP DAN SIFAT BIADAP AGEN-AGEN PERUSUH BEERSHIT TERUTAMA SEKALI DARI DAP YANG BERSIFAT LEBIH SUDU DARI KUAH.

PERLANGGARAN DI BAWAH FASAL 2 PERKARA 10 & KESALAHAN DI BAWAH KANUN KESIKSAAN.

Pertama, kita sudah maklum bahawa perhimpunan BERSIH adalah melanggar Fasal 2 Perkara 10 , Seksyen 27 akta Polis dan merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Kanun Kesiksaan yakni merusuh di mana ianya adalah :-

1. Diadakan TANPA PERMIT;
2. Dianjurkan oleh sebuah persatuan NGO yang tidak sah berdaftar;
3. Merupakan cubaan merusuh di tempat awam;
4. Ianya bersifat mengancam keselamatan negara; dan
5. Ianya bersifat mengancam keselamatan awam.

Mengetahui jenis kesalahan yang dilakukan oleh saspek merupakan langkah pertama untuk membuat penahan ke atas saspek.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENAHANAN / TANGKAPAN (ARREST)


KANUN ACARA JENAYAH AKTA 593

Merupakan KANUN yang terpakai bagi prosedur dan cara-cara penahanan ke atas saspek dalam hal ini, mana-mana saspek yang hendak menyertai perhimpunan BERSIH.


















Sunday, July 17, 2011

PAPA GOMO: Adun DAP Sekincan Guna Hadis Kononya Tahu Ajaran Agama Islam

PAPA GOMO: Adun DAP Sekincan Guna Hadis Kononya Tahu Ajaran Agama Islam


Ustaz Baru Dalam kepimpinan DAP
yang di Asuh PAS

Pas Selangor menyatakan pendirian mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim serta mana-mana pemimpin bukan Islam lain di negeri ini untuk menggunakan hadis dalam mana-mana ceramah termasuk dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan pemimpin bukan Islam menggunakan hadis termasuk ayat al-Quran dalam perbahasan dan ucapan tertentu bukannya satu kesalahan selagi ia tidak lari daripada maksud sebenar.

Beliau memberikan alasan, agama Islam, al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT manakala hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah sebagai panduan, kebenaran kepada umat manusia sehingga hari ini.

"Justeru, apa yang menjadi masalahnya kalau orang bukan Islam mahu menggunakan hadis untuk menerangkan sesuatu perkara.

"Islam tidak melarang mana-mana orang bukan Islam untuk meminati, memahami serta mendalami agama ini. Kenapa kita (orang Islam) perlu menyekat orang bukan Islam untuk mendekati agama ini.

"Jika ada pihak yang melarang orang bukan Islam berbuat demikian (gunakan hadis dan ayat-ayat al-Quran), ia seolah-olah menyekat serta menyempitkan perkembangan Islam itu sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohamad Satim Diman ketika persidangan DUN Selangor 12 Julai lalu yang mengkritik ADUN DAP tersebut kerana menggunakan hadis untuk menyokong perbahasan dalam sidang itu.

Menurut Mohamad Satim, ADUN DAP itu tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Muslim selain tidak memahami agama Islam termasuk tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

Malah, tindakan Suee Lim itu menurut Mohamad Satim bukan untuk menyokong hujah, sebaliknya mengguna serta mempersendakan sabda Rasulullah SAW untuk kepentingan politik.

Ekoran tindakan Mohamad Satim mempertahankan hadis daripada dipergunakan oleh Suee Lim, beliau telah dikenakan tindakan dihalau daripada sidang dewan pada hari berkenaan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut menyatakan umat Islam tidak seharusnya mempertikaikan orang bukan Islam untuk menggunakan hadis atau ayat suci al-Quran kerana tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menutup kebenaran kepada manusia.

Ini kerana, katanya, tindakan sedemikian jelas dilakukan oleh orang Yahudi yang menutup bukti kebenaran ayat Allah SWT.

SiasahDaily: Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat

SiasahDaily: Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat


Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat

Satu masa dulu, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini.


Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara.


Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno.


Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal.


Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."


Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah.


Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mula menulis blog menjadi blog politik paling diikuti, menjadi sumber berita dan pencetus perdebatan politik hingga ke hari ini, mengatasi semua pemimpin politik di Malaysia.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak memanfaatkan sepenuhnya Facebook dan Twitter, sehingga muncul antara pemimpin paling popular dalam dunia media sosial dalam politik negara.


Media baharu mula tidak lagi menjadi asing kepada pemerintah yang sebelum ini seolah-olah memusuhi wacana politik di internet.


Di bawah Najib, blog-blog Umno semakin bercambah, dengan pembawaan isu-isu semasa yang selaras dan sistematik antara satu sama lain, menjadi satu senjata berkesan pemerintah.


Blog-blog tersebut dilihat menyokong satu sama lain dalam banyak isu, dan saling membantu dan melengkapkan blog pro-Umno lain, walaupun wujud perbezaan pada masa dan isu tertentu.


Blog-blog yang menjadi penyerang utama terhadap Pakatan Rakyat itu kini muncul menjadi blog politik paling popular di negara ini, mengatasi blog pro-PR.


Sebahagian besar menerbitkan tulisan sendiri melebihi purata satu tulisan setiap hari, dengan beberapa blog menunjukkan hasil kajian yang meyakinkan dan kredibel.


Umno kini tidak lagi perlu menunggu laporan berita Buletin Utama atau akhbar-akhbar harian, tetapi banyak isu ditangani dengan segera oleh blog pro-Umno.


Isu gambar kematian peserta demonstrasi Bersih 2.0, cincin yang didakwa dibeli oleh isteri perdana menteri dan banyak isu lain segera dijawab oleh blog Umno, yang sebahagian besarnya mengemukakan hujah yang bukan sembarangan.

Saturday, July 16, 2011

Dr Mohamad Khir Toyo: Bersih 2.0 Mahu Mencipta Anarki dan Ketidakstabilan Politik?

Dr Mohamad Khir Toyo: Bersih 2.0 Mahu Mencipta Anarki dan Ketidakstabilan Politik?

Dr Mohamad Khir Toyo


Bersih 2.0 Mahu Mencipta Anarki dan Ketidakstabilan Politik?

1. Dalam negara demokrasi saya berpendapat adalah hak rakyat untuk menyampaikan bantahan, pandangan, kritikan, memorandum waima apa bentuk pandangan sekalipun termasuklah hak untuk berkumpul dan menyatakan pandangan seperti perhimpunan awam.


2. Namun dalam pada mahu menyuarakan pandangan, bantahan, sokongan mahu pun kritikan ia tidak harus menjadi satu usaha memaksa pihak lain menerima dan akur dengan pandangan tersebut melalui cara menunjukkan kekuatan sokongan.


3. Dalam konteks inilah saya melihat cubaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu menganjurkan perhimpunan besar-besaran Bersih 2.0 sebagai satu kegiatan mahu mencetuskan anarki dan huru-hara.


4. Bersih dilaporkan mahu mengumpul sekurang-kurangnya 30 ribu orang di atas jalan raya berarak menuju ke Istana Negara pada 9 Julai 2011 nanti bagi menyampaikan memorandum menuntut perubahan terhadap perjalanan Pilihan raya negara ini.


5. Apakah tujuan mengumpulkan 30 ribu orang ini? Kalau sekadar mahu menyampaikan memorandum cukuplah 20-30 orang mewakili pelbagai NGO yang mereka dakwa bersama mereka. Apakah angka yang besar ini cubaan mahu menekan dan mengugut kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat?


6. Jika 30 ribu dianggap besar untuk menekan rakyat, bagaimana pula jika puluhan ribu pula dikeluarkan oleh NGO atau parti politik lain untuk menekan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat? Apakah mereka akan tunduk kepada desakan sedemikian juga?

Tuesday, March 29, 2011


Sultan minta kerajaan Selangor jangan 

boros

SULTAN SHARAFUDDIN memeriksa perbarisan kawalan kehormat semasa berangkat ke 
majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat
 Sidang Dewan Negeri Selangor ke-12 di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak berbelanja secara boros dan tanpa kawalan meskipun ekonomi negara kini berkembang lebih pesat.
Baginda bertitah, kerajaan negeri hendaklah sentiasa melakukan perbelanjaan berhemah dan mengelakkan pembaziran yang boleh merugikan negeri ini.
"Memang benar kita sudah keluar daripada kemelut ekonomi global namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.
"Jangan kita leka dan situasi global seharusnya dipantau. Pada masa yang sama, jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan," titah baginda pada majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini semalam.

Ketua Wira Perkasa Letak Jawatan
http://mstar.com.my
KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.
Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.
Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa.
"Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini, petang Selasa.