Tuesday, March 29, 2011


Sultan minta kerajaan Selangor jangan 

boros

SULTAN SHARAFUDDIN memeriksa perbarisan kawalan kehormat semasa berangkat ke 
majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat
 Sidang Dewan Negeri Selangor ke-12 di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak berbelanja secara boros dan tanpa kawalan meskipun ekonomi negara kini berkembang lebih pesat.
Baginda bertitah, kerajaan negeri hendaklah sentiasa melakukan perbelanjaan berhemah dan mengelakkan pembaziran yang boleh merugikan negeri ini.
"Memang benar kita sudah keluar daripada kemelut ekonomi global namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.
"Jangan kita leka dan situasi global seharusnya dipantau. Pada masa yang sama, jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan," titah baginda pada majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment