Polis ambil keterangan kakitangan Exco Selangor
17/08/2009 4:26pm
SHAH ALAM 17 Ogos – Polis hari ini mengambil keterangan kakitangan Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah berhubung laporan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa terdapat Exco Selangor yang terlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.
Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Supritendan Muhammad Osman dan Pegawai Siasatan Siber Multimedia JSJK tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 12 tengah hari ini untuk mengambil keterangannya - Utusan.
No comments:
Post a Comment