Thursday, October 1, 2009

Bicara Dengan Richard Haas

Di New York, sejurus tiba di hotel, pengerusi Council on Foreign Relation Richard Haas berkunjung minum teh bersama. Richard baru meluncurkan buku menyerang mantan Presiden Bush kerana dasar tempang menyerang Iraq tanpa alasan kukuh, dan bukan “war on necessity”.

Lewat nukilan terbaru beliau, “War of Necessity, War of Choice”, Richard mengadunkan penulisannya separa memoir dan separa sejarah, yang turut mengilhamkan beberapa pandangan jauh khususnya bagaimana Amerika Syarikat boleh belajar melalui peperangan di Iraq dan mempertikaikan kebijaksanaan Amerika Syarikat meneruskan serangan di Afganistan.

Kami makan malam bersama beberapa teman lama, dan kemudiannya berbincang panjang mengenai beberapa isu sebelum meneruskan diskusi panjang kemudiannya.

ANWAR IBRAHIM


http://anwaribrahimblog.com/

No comments:

Post a Comment