Gerakan, MIC tidak agresif
PUTRAJAYA 23 Dis. – Telahan UMNO bahawa Gerakan tidak mengadakan program menarik sokongan rakyat selepas kalah pada pilihan raya umum lalu mungkin benar jika diambil kira keaktifan parti-parti politiData Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Oktober lalu sahaja menunjukkan Gerakan berserta MIC langsung tidak menjalankan kerja mendaftarkan anak muda melepasi umur 21 tahun sebagai pemilih di Pulau Pinang dan Selangor, menerusi Penolong Pendaftar (PP) mereka yang dilantik oleh SPR.
Bercakap kepada pemberita di sini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini berbeza dengan PP daripada DAP dan UMNO yang begitu agresif dalam urusan berkenaan.
‘‘Di Pulau Pinang, UMNO berjaya mendaftarkan 80 pengundi baru, DAP (60), Pas (30), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan MCA masing-masing 20 manakala Gerakan dan MIC kosong.
‘‘Di Selangor pada Oktober lalu juga, UMNO dan DAP masing-masing berjaya mendaftarkan 5,000 pengundi baru, Pas (1,000), PKR (300), MCA (250) sementara Gerakan hanya 40 orang dan MIC kosong.
‘‘DAP yang hanya mempunyai 150 PP meskipun bilangannya sedikit berbanding parti politik lain begitu agresif membantu SPR mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
PP daripada parti-parti politik dibayar RM1 oleh SPR bagi setiap orang yang berjaya didaftarkan sebagai
k dalam menarik pendaftaran pengundi baru.
pengundi baru.
Pelantikan serta permintaan bilangan PP dibuat hasil cadangan daripada parti-parti politik sendiri sebelum disemak untuk kelulusan SPR.
Wan Ahmad berkata, SPR mengeluarkan statistik ‘keaktifan parti-parti politik mendaftar pengundi baru’ berkenaan kerana khuatir dengan tahap kesedaran mereka yang melepasi umur 21 tahun untuk mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, sehingga Disember ini, sejumlah 4.38 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi yang majoritinya adalah orang Melayu.
Beliau berkata: ‘‘Semua parti politik adalah pelanggan SPR.
‘‘Kita menyediakan ruang untuk mereka mencari pengundi dan kita bayar mereka tetapi yang ketara aktif adalah parti-parti gabungan pembangkang melainkan UMNO yang turut berjaya membantu SPR.”
Ahad lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menuntut jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu diserahkan kepada UMNO memandangkan Gerakan tidak mengadakan program menarik sokongan rakyat selepas kalah pada pilihan raya umum lalu.
Tegas beliau, tuntutan itu telah lama dibuat tetapi baru diumumkan setelah pihaknya mendapati Gerakan masih tidak melakukan apa-apa program sepatutnya.
Bagaimanapun, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin UMNO negeri itu sambil menyifatkan ia tidak perlu dibangkitkan semula kerana jelas sebarang perubahan tidak akan dipersetujui Gerakan.
Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang dipegang oleh Gerakan selama 35 tahun lalu.
Gerakan tidak mempunyai sebarang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang setelah tewas teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.
Cadangan supaya jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang diserahkan kepada UMNO, berasaskan realiti bahawa UMNO mempunyai 11 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen di negeri itu.
No comments:
Post a Comment