Friday, December 3, 2010


MACAM MACAM



NUJUM PAK NON!!

(Rasid Rosidi, bekas pembantu khas Anwar membuat lapuran polis beliau dipaksa buat Surat Sumpah palsu untuk pembelaan kes liwat Anwar)

Salam 2 all.

Pak Non @ Anwar semalam membuat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan bulan Mac 2011. Sifir Nujum Pak Non mudah je, sebab UMNO tangguh pemilihan mereka, maka pilihanraya akan diadakan tak lama lagi. Cukup mudah punya putarbelit. Dia berharap umpan baru ni akan mengena, dan orang akan brcakap mengenainya!

Sebenarnya ini adalah taktik Anwar untuk mengalihkan tumpuan kepada tembelang PKR yang sudah mula tidak terkawal. Konspirasi Anwar untuk menubuhkan Dinasti 3A berdasarkan konsep Ketuanan Anwar didalam PKR sudah terbongkar. Kenyataan calun Ketua AMK Badrul Hisham @ Chegu Bard mengenai campurtangan langsung Anwar dalam penentuan dan pemilihan calun wahyu dari beliau membuktikan konspirasi itu. Pembongkaran Zaid Ibrahim tentang penyelewengan proses pemilihan PKR, dan desakan beliau supaya Anwar-Azmin berundur memparahkan lagi keadaan. Akhirnya Zaid yang terbungkam!

SELANJUTNYA:
http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/nujum-pak-non.html



Rakyat Selangor Berarak Ke Istana


Rakyat Selangor berarak ke Istana hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada DYMM Sultan Selangor berhubung hasrat PKR untuk menghapuskan ketuanan melayu.

Ulasan lanjut bakal menyusul kemudian.


SELANJUTNYA:




Jika zaman UMNO Khir Toyo..mampus nak bagi arahan macam nie..!!


Kerajaan Negeri arah audit PKNS 

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri sudahpun mengarahkan jabatan audit untuk mengaudit secara menyeluruh ke atas beberapa urus niaga yang dikatakan tidak selaras dengan tata cara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa ini, jabatan audit diberikan masa selama dua hingga tiga minggu untuk menjalankan proses tersebut.

“Saya sedang menunggu laporan itu, apabila siap kita akan benarkan laporan itu dibacakan oleh orang ramai supaya kita mendapat maklumat dan penjelasan tentang perkara itu. Kemudian barulah tindakan yang sesuai jika perlu diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus yang menggesa beliau dan Pengurus PKNS, Othman Omar menjelaskan pelantikan tiga syarikat oleh PKNS yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Abdul Shukor berkata, lantikan syarikat yang mempunyai alamat operasi sama dan kepentingan seorang individu itu sepatutnya dibawa ke jawatankuasa tender, bukannya jawatankuasa sebut harga.[Sinar Harian@KedahLanie]

SUMBER:

No comments:

Post a Comment