Wednesday, February 16, 2011


Najib tolak khabar angin ada rombakan Kabinet

17/02/2011 12:47pm

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak ura-ura kononnya beliau akan membuat rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
"Siapa yang buat rumours ini?” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan program pemantapan dan pemasyarakatan Dewan Negara, Parlimen Malaysia di Dewan Bankuet, Parlimen di sini hari ini.
Spekulasi yang tersebar dalam twitter dan blog tertentu semalam telah mencetuskan kekalutan pihak media yang cuba mendapatkan pengesahannya.
Satu portal berita malahan menyatakan dua timbalan menteri akan dinaikkan pangkat, manakala seorang ketua parti politik akan turut dilantik sebagai menteri.
Najib berkata, rombakan kabinet boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja atau pun tidak diadakan langsung. - Bernama


http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment