Azizan
Serah Surat Berhubung Kedudukan Jawatan Exco
Mohd Radzhi
ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Isnin menyerahkan surat kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memohon supaya Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco.
Azizan berkata surat permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain dilampirkan bersama surat beliau.
"Tuanku terima surat saya. Kita tunggu keputusan Tuanku. Selagi baginda tidak buat keputusan, Mohd Radzhi masih lagi Exco," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyerahkan surat itu kepada Sultan Kedah di Wisma Zakat di sini, Isnin.
selanjutnya:http://www.bernama.com
No comments:
Post a Comment