Ditulis oleh Dr Dzulkefly Ahmad |
FRIDAY, 24 OCTOBER 2008 14:04 |
Suntikan RM5 bilion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru sebagai langkah untuk mengangkat nilai syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang dianggap dibawah nilai yang sebenarnya atau "undervalued companies", menggemparkan pelbagai pihak. Yang menjadi lebih memeranjatkan ialah RM5 bilion itu akan diambil dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai loan atau pinjaman yang diarah oleh Menteri Kewangan. Persoalannya ialah apakah hak menteri untuk mengarahkan KWSP untuk menghulurkan pinjaman kepada ValueCap Sdn Bhd, sebuah pengurus dana yang dimilikki oleh Khazanah, PNB dan Kumpulan Wang Amanah Pencen. KWSP punya panel pelaburan profesional yang mempunyai tanggungjawab mempastikan bahawa warga pencarum-pencarum dari titik keringat mereka, mendapat pulangan keuntungan yang terbaik. |
selanjutnya :http://www.pas.org.my
No comments:
Post a Comment