Petugas khas SPRM pantau YB
Oleh Johari Ibrahim, Saufi Hamzah, Azli Ayob dan Shahrizan Salian
bhnews@bharian.com.my
NAJIB bermesra dengan kanak-kanak keluarga miskin sambil mendengar taklimat Pengerusi Yayasan MYKasih, Ngau Boon Keat pada majlis pelancaran program MYKasih sempena IAP, semalam. |
Wakil rakyat dapat gambaran jelas apa boleh dilakukan: PM Najib
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, penubuhan pasukan petugas khas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bagi memberi garis panduan yang jelas kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan mereka.
Perdana Menteri berkata, melaluinya SPRM boleh mengetahui keperluan wakil rakyat kerana sebagai Ahli Parlimen dan Adun mereka kena menyelesaikan banyak masalah rakyat.
Hadir sama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof; Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDeC), Tan Sri Abdul Halim Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali.
Perdana Menteri mengulas laporan SPRM menubuhkan pasukan petugas khas untuk membuat kajian menyeluruh terhadap peraturan, sistem dan prosedur serta kawalan dalaman perbelanjaan yang diperuntukkan kepada Adun serta Ahli Parlimen.
Penubuhannya dilihat mampu menutup ruang dan peluang perlakuan rasuah di kalangan wakil rakyat.
Najib berkata, pelbagai tuntutan rakyat menyebabkan Ahli Parlimen dan Adun kadang-kadang melihat bagaimana peruntukan kerajaan boleh diguna atau tidak.
Sementara itu, di ISTANBUL, Turki, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pasukan khas SPRM boleh memberikan nasihat untuk menambah baik peraturan kewangan sedia ada yang digunakan wakil rakyat.
"Bagi Barisan Nasional (BN), kita guna pakai peraturan ditetapkan kerajaan, iaitu apabila dana atau sumbangan kewangan disediakan, Ahli Parlimen diminta untuk berbelanja mengikut peraturan.
"Bagaimanapun, jika SPRM hendak lihat perkara itu, dia boleh beri nasihat untuk tambah baik (peraturan) kerana peranan Ahli Parlimen begitu rapat dengan masyarakat dan mereka perlukan dana dan peruntukan kewangan yang boleh diguna untuk melaksanakan keperluan rakyat dan itu yang kita buat selama ini," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri ketika ditanya mengenai pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah pertubuhan berdaftar dan sama ada ia boleh menjejaskan Barisan Nasional (BN) berkata, mereka bergabung dalam PR pada pilihan raya umum lalu dan mereka terus bekerjasama sejak itu.
http://www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment